SEKOLAH RENDAH KAMPONG MENENGAH, TUTONG 1

Tel / Fax: 237004 E-mail:srkgmenengah@moe.edu.bn

Pada pagi ini, guru besar Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Abu Bakar telah menyampaikan taklimat mengenai Influenza A H1N1 kepada murid-murid dan guru-guru sekolah. Dalam taklimat tersebut, beliau telah menekankan mengenai bagaimana penyakit A H1N1 boleh berjangkit melalui batuk, bersin dan bercakap. Disamping itu juga, beliau tidak ketinggalan memberi penerangan cara - cara mengatasi A H1N1 dan perkara - perkara yang perlu dibuat sekiranya mereka merasa tidak sihat. Murid - murid juga dinasihati untuk menjaga kebersihan diri mereka sewaktu berada di kawasan sekolah dan juga di rumah.


Guru besar sedang memberikan taklimat mengenai Influenza A H1N1.

Guru-guru dan murid-murid sedang mendengar taklimat tersebut.